Apa maksud pilihan Kenali Status Anda yang berbeza?
HIV-Negatif
Menunjukkan seseorang telah diuji negatif untuk HIV.
HIV-Negatif, ambil PrEP
Menunjukkan seseorang telah diuji HIV-negatif tetapi juga mengambil PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan). Pil pencegahan HIV ini sering dikenali dengan nama jenama, Truvada. Apabila diambil setiap hari, PrEP lebih daripada 98% berkesan untuk mencegah HIV.
HIV-Positif
Menunjukkan seseorang telah diuji positif untuk HIV.
HIV-Positif, tidak dapat dikesan
Menunjukkan seseorang telah diuji positif untuk HIV tetapi sedang mengambil ubat antiretroviral sehingga beban virus tidak dapat dikesan. Orang HIV-positif dengan beban virus tidak dapat dikesan boleh hidup seperti biasa, dan bila tidak dapat dikesan, virus tidak boleh disebarkan.
Apa yang kami lakukan dengan maklumat anda
Bila anda pilih untuk berkongsi maklumat ini dalam profil anda, guys lain boleh nampak maklumat tersebut. Status HIV anda hanya boleh dicari oleh guys yang telah tetapkan diri mereka sebagai HIV-positif. Kami tidak berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga kecuali jika diperlukan oleh undang-undang.
Sedikit lagi tentang HIV
Tonton video kami tentang HIV (Bahasa Inggeris):
Kita semua ada peranan dalam kesihatan komuniti kita. Sebab itu kami berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang HIV dengan ciri Kenali Status Anda.
Guys gay di seluruh dunia masih terkesan secara tidak seimbang oleh HIV. Lebih 20% guys gay di kawasan bandar utama hidup dengan HIV.
HIV bukan sesuatu yang memalukan, dan dengan ubat ia adalah penyakit yang boleh dikawal. Anda boleh ambil langkah untuk jaga kesihatan dan mencegah HIV.
Pengesanan awal boleh buat perbezaan dalam rawatan anda. Lagi cepat anda diuji, lagi cepat anda boleh kawal kesihatan anda. Walaupun tiada penawar untuk HIV, kerap diuji boleh bantu anda kekal sihat dengan memulakan rawatan awal. Mencapai beban virus tidak dapat dikesan bermakna orang boleh hidup lama dan sihat.
Guys HIV-positif dalam komuniti kita adalah penyokong kuat rawatan dan pencegahan HIV. Berkongsi status positif anda boleh bermakna kekuatan, keyakinan dan menjadi penyokong melawan stigma.
Mengetahui status anda dan berbincang tentang status pasangan seks anda adalah cara untuk buat pilihan yang bijak. Mengetahui status anda membolehkan anda dapatkan rawatan awal jika HIV-positif, atau ambil PrEP dan pilihan pencegahan lain untuk kekal negatif.
Ujian HIV cepat, dan ada banyak tempat ujian percuma di seluruh dunia. Kenali satu tempat dan jadikan rutin untuk diuji sekurang-kurangnya setiap enam bulan. Anda boleh kawal kesihatan anda.
Kami galakkan anda untuk kongsi status HIV anda dalam profil Hornet anda, dan sentiasa kemaskini. Perlu diingat, Hornet tak pernah kongsi maklumat sensitif yang guys dedahkan dalam profil mereka. Kongsi status anda bukan perkara memalukan, dan ia baik untuk kesihatan anda dan komuniti. Kita semua boleh bekerjasama untuk mencegah HIV, kurangkan stigma dan bina komuniti yang lebih kuat untuk semua status.